Sepanjang bulan Ramadhan 2015, Panitia Pendidikan Islam SK Serkam telah mengadakan beberapa aktiviti untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah seperti Tadarus Al-Quran,pertandingan mewarna, kuiz, tazkirah ramadhan dan kemuncaknya ialah majlis khatam Quran. Di dalam keberkatan bulan ramadhan pengisian ini diharap dapat membina akhlak dan rohani murid-murid SK Serkam.
Berikut ialah gambar-gambar aktiviti murid setiap hari sepanjang Program Ihya' Ramadhan
Tahniah kepada murid-murid yang telah menerima anugerah NILAM untuk bulan Mei. Teruskan usaha untuk merebut hadiah pembaca terbanyak NILAM bagi keseluruhan tahun 2015. Hadiah nya ialah berupa sebuah basikal. Tahniah juga buat guru NILAM yang tidak putus asa menganjurkan pelbagai program untuk menarik minat murid-murid membaca.